Monday, December 7, 2009

6 Disember 2009 ( 19 Zulhijjah 1430 )

Arini aku keje malam.So pagi ni aku kuar lagi jalan2..Tapi arini aku sempat blend F1 dan F3 ku


Sarapan
-F1+F3 blend dengan ice


Petang ( makan malam la ni )
-Snack Plate
-Kentang putar & Roti
-Mineral water

Arini tak exercuse

5 Disember 2009 ( 18 Zulhijjah 1430 )

Harini aku tak keje.Bestnya.Arini satu hari aku tak wat shake aku.Time cuti je mesti kantoi..
hahaha takpe la cuti sehari..

Sarapan
-Meehun kerang
-Milo Kosong (Hot)

Pastu aku gi KLCC jalan2 nak gi PC Fair, bapak la ramai orangnya, nak bejalan pon terincut2.Harammm.PErut plak lapar..nak makan tak tau kat mane, food court semua ramai.

Lunch
-Jus Oren
-Donut ( dunkin donuts )

Malam
-Ratah lauk je


hahahahahahah best2..

Thursday, December 3, 2009

4 Disember 2009 ( 17 Zulhijjah 1430 )

Pagi ni sejuk je, nak gi keje pon malas gile , ujan dari malam tadi plak tu..hahahah
Semalam 1 hari aku tak amik F1 dan F3, adussss, jadi arini aku kene amik...

Sarapan
-F1+F3 blend dengan ice
-Keledek goreng

Wednesday, December 2, 2009

3 Disember 2009 ( 16 Zulhijjah 1430 )

Untuk harini..Pagi ni aku tak buat shake sebab mak aku buat nasi lemak, jadi sebagai anak, aku turutkan je untuk membawa bekal ke ofis.Jadi di sebabkan aku kena makan nasi lemak,F1 dan F3 aku tak minum untuk pagi ni.Aku akn tukarkan ke tengahari dan malam.


Sarapan
-Nasi Lemak ( setelah 10 hari tak jamah nasi, arini makan terasa pedih perot hahahah )
-Mineral water ( 2000ml - stock untuk satu hari ni )

Tengah syok2 buat kerja,kawan plak ajak gi cafe lepak..so kesudahannya??
-Kopi panas ( ari ujan )
-Buah tembikai potong & Nenas


Petang
-Capati
-Mineral water


Exercise ( 9 malam )
-Treadmill 20 minit


Teamix
-900ml


Nampaknya F1 dan F3 aku tak amik langsung arini..huhuhuhuhu
sok kena buat ni...
tapi teamix tetap amik.

2 Disember 2009 ( 15 Zulhijjah 1430 )

Untuk harini...

Sarapan
-F1+F3 shake guna tangan
-Quaker Oat 3 in 1
-Roti Tuna

Lunch
-Roti Canai ( tetiba lak nak makan )
-Mineral

Dinner ( pukul 6.00 pm )
-Megi Kari sup

Exercise
-Treadmill 10 minit
-Exercise bike 10 minit
Total = 20minit

Teamix ( tghari - malam )
-1500ml

Arini malam tak buat F1+F3 ....

Tuesday, December 1, 2009

1 Disember 2009 ( 14 Zulhijjah 1430 )

Hari ni aku mc hahahah..Malas nak gi keje.Disebabkan aku cuti, maka terlambat la bekpes aku

Sarapan (10 pagi )
-F1+F3 blend dengan ais
-Kuih 3 ketul

Tengahari
-Makan lauk je ( kenyang )
-Mineral water

In betweet
-Cake sepotong
-Teamix 400ml

Malam
-F1+F3 blend dengan ais
-Makan lauk ( masih kenyang )
-Mineral

Sunday, November 29, 2009

29 November 2009 ( 12 Zulhijjah 1430 )

Macam biasa, hari ni aku keja pagi.Bosan.

Sarapan
-F1+F3 shake guna tangan
-Nesvita ( Nestum 3 in 1 )


In between
-Mineral 100ml
-Roti choco raisin 1 keping

Gymnasim ( 2:00pm )
-Treadmill ( 15 Minit )
-Exercise Bike ( 10 Minit )
-Seat Up ( 3 set )
-Teamix 400ml

Petang
-Makan lauk je (sayur+daging korban)
-Mineral water 1 gelas


Malam
-F1+F3 blend dengan ice
-Anggur 10 biji


Sebelum tido
-Teamix 1 gelas ( HOT )

Saturday, November 28, 2009

28 November 2009 ( 11 Zulhijjah 1430 )

Hari ni aku keje malam, bosan2...pagi tadi sempat la gi jalan2 jap, tgk2 ape yang patot..

Sarapan
-F1+F3 blend with ice
-Fries skit

Tengahari
-Tak makan ( tak lalu )

Petang
-Mamam dinner plate ( lama tak makan )


Kul 6 aku gi exercise kat gym, macam biasa aku guna kan exercise bike dan treadmill selama
20-30minit nak bagi kuar peluh dan untuk kesihatan aku jugak..


Malam
-F1+F3 shake with hand
-Teamix ( buat 2000ml saje backup untuk semalam )

27 November 2009 ( 10 Zulhijjah 1430 )

Hari ni adalah Hari Raya Qurban.Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di dunia.
Hari ni mak aku buat macam2 la plak makanan. Duagaan tu, jadi aku pon kna la makan dengan cara yang betol agar tidak berlebihan.

Sarapan ( selepas solat Aidiladha )
-F1+F3 blend with ice
-Sedikit Lontong
-Sepotong kek

Tengahari
-Sedikit Lontng
-Mineral water

Makan Malam
-F1+F3 blend with ice
-Septong kek
-Puding

Hahahah arini aku tak buat Teamix...lalalalal tak berdisplin

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha ( esok )


Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam dan Selamat Mengerjakan Ibadah Haji di Tanah Makkah. Moga kita senantiasa menginsafi pada apa yang telah berlaku.

My Herbalife


Ni la yang aku slalu gunakan,slalu aku bawak tak kira kemana saja.

Piramid Makanan


Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?

Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.


Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.


Berapakah kalori yang diperlukan?

Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.


Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.


Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.


Bagaimana dengan makanan snek?

Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.

Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.


Adakah makanan segera itu baik?

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.


Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.


Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

Mengawal Berat Badan Berlebihan

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil :-

-Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 ke 1 kg seminggu.
-Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30 minit(jogging,gymnasium,berenang,berbasikal)
-Ikuti kehidupan yang lebih aktif spt contoh, gunakan tangga dprd menggunakan lif dan escalator,biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat,cuci kereta sendiri,mengemas rumah dan sebagainya.
-Awasi pemakanan anda, kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori, elak makan terlalu banyak, elakkan makan sedikit2 tapi kerap dan makan pada masa yang tak menentu.
-Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat2 lain.

Kekalkan Berat Badan Yang Sihat Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal Yang Lazim

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh
mengelakkan masalah kesihatan dan akan
kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda
terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda
mendapat masalah kesihatan akan meningkat

Kira Indeks Jisim Tubuh anda.

IJT = berat(kg) bahagi dengan tinggi9(m) darab dengan tingi(m)

Jika IJT anda = Kurang daripada 18.5 bermakna kurang berat badan dan risikona rendah(tetapi risiko terhadap masalah klinikal lain meningkat)

Jika IJT anda = Dari 18.5 hingga 24.9 bermakna anda dalam julat yang normal dan risiko terhadap penyakit berkaitan adalah biasa.

Jika IJT anda = Dari 25.0 hingga 29.9 bermakna berat badan anda berlebihan dan risik terhadap penyakit berkaitan akan meningkat.

Jika IJT anda = 30 dan ke atas bermakna anda di kategorikan sebagai Obes(obesiti/kegemukan) dan risiko terhadap penyakit berkaitan berada pada tahap sederhana dan sangat teruk.

Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai
IJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda
terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes,
tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser
(terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan
kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah
artritis dan pernafasan.

Cara Pemakanan Yang Sihat

Petuanya
Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza
mengikut umur dan paras aktiviti fizikal mereka. Misalnya,
kanak-kanak membesar, remaja dan wanita memerlukan
lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat.
Kanak-kanak kecil, gadis dan wanita pada peringkat
reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya
zat besi, seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin
sepenuh untuk memenuhi keperluan zat besi mereka.


Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori)
dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral
dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan
adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan
nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja,
bermain, berfikir dan belajar.
Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang
menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan (lihat mukasurat 8-9). Di dalam setiap kumpulan
makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil.
Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak
daripada paras Piramid yang paling bawah, manakala paling
sedikit daripada puncak Piramid. Ini membantu menjaminkan
keseimbangan dalam pemakanan anda.
Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada
makan terlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan
jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap
kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

Minum air Banyak

Badan kita perlukan air yang banyak.Jadi masa first day guna Herbalife, aku timbang, air dalam badan aku memang sangat bekurangan.Jadi aku kena banyakkan minum air.So sebelum aku beli botol air Herbalife,aku duk beli mineral water yang 1500ml tu 2 botol, sebotol aku campur dengan Teamix dan sebotol lagi kosong.So aku minum tu je la hari2. Effek nya asyik nak ke jamban je, kalo duk dalam ekon lagi la.Jadi kat situ dia akan buang sisa2 toksik yang ada dalam badan kita.Jadi, sesiapa saja perlu minum air masak yang banyak disamping menjaga kesihatan.

9 November 2009 ( 21 Zulkaedah 1430 )

Hari ke-70 dengan Herbalife

Aku tak berapa nak berdisplin sejak kebelakangan ni. Ialah dengan event yang banyak, tak sempat nak blend2 F1 ni. Jadi mane yang sempat je la aku blend. Aku baru je lepas event 7 dan 8hb lepas , jadi arini aku cuti, saje timbang2 berat.

Sarapan
-F1+F3 blend with ice
-Roti sekeping dengan butter low fat
-Mineral 500ml ( minum la skit2 jangan sekali hadap )

Lunch
-Nasi sedikit + sayur2
-Air Mineral 500ml ( minum berulang )
-Teamix 1500ml (minum berulang sampai malam )

Dinner
-F1+F3 blend with ice


Berat badan pada 9 November 09 adalah 92.6Kg

1 Oktober 2009 ( 12 Syawal 1430 )

Hari ke-31 aku gunakan Herbalife.Dah raya ke 12 dah ni. Hari raya ni susah skit nak kontrol, tapi tetap maintan dengan Herbalife.

Sarapan
-Meehun goreng ( Nenek buat daa )
-Air tea 'O'

Lunch
-F1+F3 blend with ice
-500ml mineral water

Dinner
-F1+F3 blend with ice
-500ml Teamix

Berat badan pada 1 Oktober 09 adalah 94.7Kg
Memang aku akui, nak turun kan berat badan memang sukar.Ape pon usaha yang keras akan membuahkan hasil yang lumayan.

13 September 2009 ( 23 Ramadhan 1430)


Hari ke-13 dengan Herbalife.

Sahur
-Nasi+lauk
-Mineral 500ml
-Teamix 1 gelas (suam )

Berbuka
-Nasi lemak ayam
-Air soya
-Mineral water 1 gelas

Malam
-F1+F3 blend with ice
-Air mineral 500ml

Tak teratur jugak kadang2 aku amik Herbalife ni.Hahahah takpe janji layan

Berat badan pada 13 September 09 adalah 95.5Kg
Yess ada penurunan lagi.

8 September 2009 ( 18 Ramadhan 1430 )

Hari ke-8 aku amik Herbalife.

Sahur
-Nasi + lauk ( sahur harini tak amik shake )
-Air Soya (sebab haus)
-Air mineral 1 gelas

Berbuka
-Nasi+Lauk ( ketagih nasi )
-Air Sirap
-Mineral 500ml

Malam
-Teamix (suam2 kuku)
-Mineral 500ml

Berat badan pada 8 September 09 adalah 96.3Kg
wahhh dah turun sekilo..Usaha!!!

5 September 2009 ( 15 Ramadhan 1430 )

Hari ni dah 5 hari aku gunakan Herbalife.Aku tak update hari2, tapi nanti aku akan update hari2 la kay.Aku banyak keje tak sempat nak update..Mane yang sempat aku akan update.Jadi macambiasa lah cara pemakanan aku ni.

Sahur
-F1+F3 blend with ice
-Kuih
-Mineral water segelas

Berbuka
-Nasi+lauk pauk
-Air Soya
-Teamix satu gelas

Malam
-Mineral water segelas

Berat badan pada 5 September 09 adalah 96Kg ( ada penurunan )

Hari Pertama Dengan Herbalife




Hari pertama aku mengambil Herbalife.Hmmm rasanya bleh tahan, perisa yang pertama aku cuba adalah Cappuccino(betul ke eja ni) .. First aku beli dia bagi F1+F3 dan Teamix.Tengok kotak dia pon aku dah suka..hahahahha.Aku stat guna ni kebetulan plak bulan puasa tapi tak berapa betul lagi cara aku amik time tu. Maklumla budak baru belajar. Tapi serius la, bila kita minum shake ni memang akan rasa kurang lapar.Jadi nya Herbalife ni bukan saja untuk menurunkan berat badan, boleh juga untuk yang ingin menambahkan berat badan dan mengekalkan berat badan disamping menjaga kesihatan kita ni. Aku letak skit la cara2 pemakanan aku dengan Herbalife ni.

1 Sept 09 ( 11 Ramadhan 1430)

Sahur
-F1+F3 blend with ice
-Kuih
-Air Putih 1 gelas ( tak sedap )

Berbuka
-Nasi+lauk pauk ( hahahah tak control lagi )
-Air Soya
-Mineral 500ml

Berat Badan pada 1 Sept 09 adalah 97.6Kg