Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil :-
-Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 ke 1 kg seminggu.
-Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30 minit(jogging,gymnasium,berenang,berbasikal)
-Ikuti kehidupan yang lebih aktif spt contoh, gunakan tangga dprd menggunakan lif dan escalator,biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat,cuci kereta sendiri,mengemas rumah dan sebagainya.
-Awasi pemakanan anda, kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori, elak makan terlalu banyak, elakkan makan sedikit2 tapi kerap dan makan pada masa yang tak menentu.
-Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat2 lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment